Pendedahan affiliate: Artikel ini mengandungi pautan affiliate. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen tanpa menambah harga kepada anda.
Kalau ada lebih daripada satu nombor telefon, kos bulanan boleh jadi tinggi kalau semua nombor langgan data sendiri. Saya sendiri ada nombor personal, nombor pejabat dan satu SIM yang saya gunakan khas untuk internet/hotspot. Cara ini lebih praktikal untuk saya sebab di rumah dan pejabat memang sudah ada Wi-Fi lain. Jadi saya tak perlu jadikan data mudah alih sebagai internet utama 24 jam.
Untuk kegunaan luar, kerja mobile, bawa tablet, jumpa pelanggan dan buat pembentangan, ONEXOX Prepaid sudah cukup membantu.
Setup yang saya guna
Cara saya mudah:
- Nombor personal kekal aktif untuk kegunaan utama
- Nombor pejabat untuk urusan kerja
- Satu SIM ONEXOX dijadikan SIM hotspot/data
- Bila keluar jumpa pelanggan, saya bawa tablet dan guna hotspot dari SIM ini
Saya sekarang guna pelan sekitar RM22 sebab pelan itu datang dengan 100GB data. Untuk penggunaan saya, 100GB sudah cukup sebab rumah sudah ada Wi-Fi, pejabat sudah ada Wi-Fi dan data mudah alih hanya digunakan bila berada di luar.
Kegunaan utama saya ialah kerja mobile: bawa tablet, buka bahan pembentangan, urus WhatsApp pelanggan, buka dokumen online dan sambung laptop/tablet bila perlu.
Kiraan kos untuk 3 nombor
Saya guna konsep satu nombor ada data, dua nombor lain cukup sekadar validity tahunan.
Contoh kiraan saya:
- ONEXOX Prepaid 1X-22: RM22 sebulan
- Tune Talk validity setahun: RM35 setahun
- Maxis Hotlink Pantas validity setahun: RM30 setahun
Kalau dikira secara bulanan, jumlahnya lebih kurang RM27.42 sebulan untuk 3 nombor aktif.
Bagi saya ini jauh lebih jimat berbanding semua nombor langgan data sendiri setiap bulan.
Pelan ONEXOX Prepaid yang boleh dipilih
Berdasarkan senarai dalam web ONEXOX, antara pelan ONE-X Prepaid ialah:
- X18 Start: RM18/bulan, 30GB 5G/4G Internet, Unlimited* Calls, Hotspot Enabled
- 1X-22: RM22/bulan, 100GB 5G/4G Internet, Unlimited* Calls, Hotspot Enabled
- X35 Boost: RM35/bulan, 400GB + 200GB 5G/4G Internet, Unlimited Calls, Hotspot Enabled
- X48 Max: RM48/bulan, 600GB + 200GB 5G/4G Internet, Unlimited Calls, Hotspot Enabled
Tanda * bergantung kepada terma dan promosi semasa ONEXOX. Sebelum melanggan, semak semula maklumat terkini di web rasmi ONEXOX.
Kalau rumah dan pejabat dah ada Wi-Fi, 100GB mungkin dah cukup
Ini perkara paling penting untuk saya. Tak semua orang perlukan data ratus-ratus GB setiap bulan. Kalau rumah ada Wi-Fi dan pejabat pun ada Wi-Fi, penggunaan data mudah alih biasanya hanya untuk masa di luar.
Untuk gaya penggunaan saya, pelan 1X-22 dengan 100GB sudah cukup. Saya guna data mudah alih bila keluar, jumpa pelanggan, bawa tablet, buat pembentangan atau sambung laptop sekejap.

Tapi kalau anda tak ada Wi-Fi di rumah, saya rasa lebih sesuai ambil pelan lebih besar seperti X35 Boost. Dalam paparan web ONEXOX, pelan ini memberi 400GB + 200GB*, iaitu sekitar 600GB mengikut tawaran semasa. Untuk ramai pengguna biasa, jumlah ini lebih daripada cukup.
Hotspot ikut kuota data, bukan asing ciput
Ini antara sebab saya suka konsep pelan ONEXOX Prepaid. Hotspot dia enabled dan digunakan ikut kuota data plan. Maksudnya kalau pelan ada 100GB, data itu boleh dimanfaatkan untuk penggunaan hotspot mengikut kuota yang ada.
Banyak telco lain asingkan hotspot daripada data utama. Ada pelan nampak besar di depan, tapi bila nak hotspot, kuota hotspot pula kecil sangat. Akhirnya pengguna yang selalu sambung laptop, tablet atau peranti kerja rasa cepat sempit.
Bagi saya, hotspot ONEXOX yang ikut kuota data lebih praktikal. Saya boleh guna data untuk telefon, tablet atau laptop mengikut keperluan sebenar tanpa rasa terlalu dikunci pada kuota hotspot yang ciput.

Tak wajib beli peranti hotspot
Satu lagi perkara praktikal: tak semestinya perlu beli peranti hotspot khas. Kalau ada telefon pejabat yang support dual SIM, boleh letak dua SIM dalam telefon itu:
- SIM pejabat
- SIM hotspot/data ONEXOX
Jadi telefon pejabat itu boleh jadi hotspot bila perlu. Ini lebih mudah dan tak perlu bawa terlalu banyak peranti.
Saya tak cadangkan guna telefon utama sebagai hotspot sepanjang masa, sebab bateri cepat habis. Phone utama lebih baik simpan untuk komunikasi penting. Kalau hotspot berjalan lama, memang cepat makan bateri dan boleh ganggu penggunaan harian.

5G laju, tapi ikut kawasan
Di Kemaman, saya uji ONEXOX hari ini dapat sekitar 120 Mbps. Selalunya di tempat saya boleh dapat sekitar 150–300 Mbps, bergantung kawasan, masa, peranti dan keadaan rangkaian.
Jadi saya puas hati, tapi tetap kena jujur: kelajuan 5G memang bergantung liputan tempat masing-masing.
Siapa sesuai guna cara ini?
Cara ini sesuai untuk orang yang:
- Ada lebih daripada satu nombor
- Ada Wi-Fi di rumah atau pejabat
- Selalu kerja mobile
- Bawa tablet atau laptop untuk jumpa pelanggan
- Mahu satu SIM ONEXOX khas untuk data/hotspot
- Nak kurangkan kos bulanan telco
Kalau semua nombor langgan data, kos boleh jadi tinggi. Tapi kalau satu SIM sahaja jadi data/hotspot dan nombor lain hanya kekalkan validity, kos bulanan boleh turun banyak.
Kesimpulan
ONEXOX Prepaid sesuai untuk orang yang nak jimat, ada lebih daripada satu nombor dan selalu guna hotspot untuk kerja mobile.
Untuk saya, konsep paling praktikal ialah satu SIM data/hotspot, manakala nombor lain kekal aktif dengan validity tahunan. Saya gunakan data mudah alih bila keluar, bawa tablet, jumpa pelanggan dan buat pembentangan. Di rumah dan pejabat, saya guna Wi-Fi sedia ada. Sebab itu pelan 100GB sudah cukup untuk saya.
Kalau anda tiada Wi-Fi rumah, ambil pelan lebih besar seperti X35 Boost yang menawarkan data jauh lebih banyak.
Kalau nak daftar atau tengok pakej ONEXOX Prepaid, boleh guna pautan saya: Daftar ONEXOX melalui pautan Afif
Nota: Maklumat plan, data, bonus, harga dan terma boleh berubah mengikut kemas kini ONEXOX. Sila rujuk web rasmi ONEXOX untuk maklumat terkini sebelum melanggan.
