Saya mula kena gout sekitar umur 25 tahun. Masa mula-mula kena, saya tidak tahu pun itu gout. Saya ingat salah urat biasa. Bila kaki sakit, saya pergi urut. Dalam kepala saya waktu itu, kalau salah urat, urutlah jalan paling cepat.
Tapi makin urut, makin sakit. Sakitnya bukan sakit biasa. Rasa macam mencucuk, panas, berdenyut dan sangat sensitif. Sampai satu tahap, sentuh sedikit pun rasa menyeksakan. Waktu itu saya masih belum faham apa sebenarnya yang berlaku pada badan saya.
Kemudian saya jumpa Allahyarham Pak Su Nor di Kok Lanas. Beliau tukang urut yang memang pandai bab urat. Bila beliau tengok keadaan saya, dia beritahu lebih kurang begini: ini bukan salah urat, ini gout. Dari situlah saya mula faham. Rupanya sakit yang saya sangka salah urat itu ialah gout.
Lebih 10 tahun hidup dengan gout
Sejak itu, bermulalah perjalanan saya dengan gout. Kalau dikira, sudah lebih 10 tahun saya hadap masalah ini. Ada masa serangan datang jarang-jarang. Ada masa pula datang terlalu kerap sampai mengganggu hidup harian.
Fasa paling teruk bagi saya berlaku sekitar tahun 2021, masa PKP. Waktu itu serangan datang hampir setiap minggu. Belum sempat lega sepenuhnya, datang pula sakit baru. Hidup jadi tidak selesa. Nak berjalan susah, nak kerja terganggu, nak solat pun ada masa terpaksa atas kerusi.
Orang yang tidak pernah kena gout mungkin susah nak faham. Dari luar nampak macam sakit kaki biasa. Tapi bila kena sendiri, barulah tahu sakitnya boleh buat kita takut nak pijak lantai.
Pernah bergantung pada ubat farmasi
Sebelum jumpa ikhtiar herba yang sesuai, saya memang bertahan dengan ubat farmasi. Antara yang biasa saya ambil ialah colchicine dan Voren. Nama saintifik Voren saya tidak ingat, tapi itulah antara ubat yang saya guna bila serangan datang.
Pada awalnya memang membantu. Bila sakit datang, makan ubat, tunggu reda. Tapi makin lama saya rasa macam semakin kurang menjadi. Serangan tetap datang. Sakit tetap berulang. Ada masa ubat hanya membantu sementara, kemudian gout datang balik.
Saya tidak kata ubat farmasi tidak bagus. Itu tetap ada tempatnya. Cuma dalam pengalaman saya, bila sudah terlalu kerap kena, saya mula rasa perlu cari ikhtiar lain juga.

Mencari herba yang sesuai
Saya mula mencari herba. Pernah juga jumpa bomoh herba di Pasir Mas, Kelantan. Dari situ saya mula kenal beberapa kombinasi herba. Ada yang membantu saya bertahan, tapi belum betul-betul menyelesaikan masalah.
Bagi saya, herba ini bukan semua terus sesuai. Ada yang orang lain kata bagus, tapi bila kita ambil, kesannya biasa sahaja. Ada yang rasa membantu sedikit, tapi belum cukup kuat. Jadi memang ambil masa untuk mencari yang serasi dengan badan.
Akhirnya saya jumpa satu kombinasi herba yang paling kena dengan saya. Dalam kombinasi ini ada kapsul dan teh. Pil merah lebih kepada urat. Pil kelabu lebih kepada saraf. Ada juga kapsul campur khas untuk uric acid. Tehnya pula untuk uric acid dan kolesterol.
Teh ini saya kena beritahu awal-awal: rasanya pahit. Memang bukan teh yang minum untuk sedap-sedap. Tapi bagi saya, kalau badan rasa manfaatnya, pahit itu boleh tahan.

Rahsia kombinasi herba
Kombinasi herba ini memang rahsia. Bukan sebab saya mahu berahsia sangat, tapi sebab saya sendiri pun tidak tahu semua kandungan tepat di dalamnya. Saya ambil dan jual balik sahaja.
Cuma jangan risau, ini bukan steroid. Kapsul pun boleh dibuka dan dihidu sendiri. Baunya lebih kepada rempah-rempah herba. Bukan bau ubat kimia yang pelik.
Saya tidak mahu buat dakwaan berlebihan. Saya cuma cerita apa yang saya guna dan apa yang saya rasa pada badan sendiri. Pada saya, inilah ikhtiar yang paling membantu selepas bertahun-tahun hidup dengan gout.
Alhamdulillah, sekarang jauh berubah
Selepas amalkan herba ini, keadaan saya berubah banyak. Kalau ikut rasa saya sendiri, macam sembuh. Sebab sekarang saya sudah tidak ada lagi serangan macam dulu. Yang paling saya syukur, sudah tidak ada lagi kes solat atas kerusi kerana gout. Dulu benda itu pernah jadi. Bila sakit datang, hendak berdiri pun susah. Sekarang alhamdulillah jauh lebih baik.
Saya memang jenis tak pantang makan. Seafood macam sotong dan udang itu bagi saya macam makanan harian sahaja. Kambing pun saya makan. Kadang-kadang bukan sikit-sikit, memang makan dalam kuantiti banyak juga. Kalau ikut orang gout, makanan macam ini biasanya orang takut. Tapi alhamdulillah, dengan herba ini, sakit tidak datang seperti dulu.
Cuma bagi saya, herba ini kena ada. Ia jadi ikhtiar untuk bantu potong asid urik supaya badan tidak mudah diserang semula.

Ini ikhtiar, bukan janji kosong
Saya suka sebut benda ini sebagai ikhtiar. Sebab badan setiap orang tidak sama. Ada orang mungkin cepat serasi. Ada orang mungkin perlukan masa. Ada orang pula mungkin ada masalah kesihatan lain yang perlu lebih berhati-hati.
Kalau ada masalah buah pinggang, sedang makan ubat hospital secara tetap, atau ada penyakit lain yang serius, lebih baik dapatkan nasihat doktor dahulu. Saya kongsi pengalaman saya, bukan menggantikan rawatan perubatan.
Tapi kalau ada yang sudah lama kena gout, sudah penat berulang sakit, dan mahu cuba ikhtiar herba, boleh cuba.

Harga dan cara dapatkan
Set herba ini ada dalam bentuk kapsul dan teh. Harga RM60 termasuk pos. Dalam set ini ada kombinasi kapsul dan teh untuk ikhtiar gout, uric acid, urat, saraf dan kolesterol.
Sesiapa yang mahu cuba, boleh WhatsApp 014-839 7450.
Penutup
Gout ini kalau sudah kena, memang mengganggu hidup. Saya pernah rasa sendiri. Dari mula-mula ingat salah urat, pergi urut sampai makin sakit, kemudian baru tahu rupanya gout. Lebih 10 tahun saya hadap benda ini.
Saya pernah bergantung pada ubat farmasi. Saya pernah cari macam-macam herba. Ada yang membantu sedikit, ada yang tidak cukup. Sampailah saya jumpa kombinasi yang serasi dengan badan saya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, herba ini banyak membantu saya hampir bebas daripada gout. Bukan cerita teori. Ini pengalaman saya sendiri. Kalau ada yang sedang mencari ikhtiar, mudah-mudahan perkongsian ini beri sedikit harapan. Insya-Allah, dengan usaha yang sesuai, ada jalan untuk badan rasa lebih baik.
